Wednesday, 6 March 2013

Asas Perkhemahan










Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.




Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza :


1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.


 

2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.


3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati.

Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul.

Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek.

Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.

Memilih Kawasan

1. Sumber Asas 

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi 

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan 

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari 

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang 

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

Ikhtiar Hidup




Survival – the will to live, to outlive, state of continuing to live.

1. Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.
2. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.
3. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

S - Size up the situation
U - Use all your senses
R - Remember where you are
V - Vanquish fear and panic
I - Improvise
V - Value living
A - Act like native
L - Live by your wits

Situasi ikhtiar hidup

v Kehabisan bekalan makanan dan minuman
v Ancaman binatang buas
v Masalah perlindungan

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

v Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.
v Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup
v Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan
v Teknik – kemahiran ikhtiar hidup
v Material – peralatan, pakaian dan bekalan

Punca situasi ikhtiar hidup

v Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan
v Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

v Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.
v Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.
v Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Prinsip ikhtiar hidup

Keselamatan
Usaha
Kawalan diri
Kerjasama

1. Keselamatan

v Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa
v Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.
v Contoh – memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar.
v Situasi ikhtiar hidup akan menkadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan

2. Usaha

v Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
v Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu.
v Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda.
v Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka.
v Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu

3. Kawalan diri

v Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif.
v Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru.
v Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.

4. Kerjasama

v Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting.
v Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.


Alat

v Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup.
v Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air
v Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air.
v Dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda.

Makanan

v Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak.
v Mempuyai nilai kalori yang tinggi
v Jenis makanan beras, coklat, garam, oat, mee segera, ubi kentang, kopi

Perubatan

v pil anti cirit-birit
v pil malaria
v pil pelali air
v 1 set alatan patukan ular atau binatang berbisa
v pil pereda kesakitan
v pil antibiotik
v ubat sapu antibiotik

Alat kegunaan

v 2 utas tali pancing – panjang 3 meter
v Mata pancing yang kecil
v 2 utas tali untuk membuat jerat – panjang 3 meter
v 2 batang lilin
v 1 kotak mancis kalis air dan pemetik api
v 1 cermin muka kecil – sebagai isyarat untuk menarik perhatian
v 1 keping aluminum foil
v Pisau kecil
v Kompas kecil

Air

v Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah makanan.
v Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak
v Kekurangan air sebanyak 10% - berada ditahap serius
v Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut)

Punca air

v Anak sungai, tasik, sungai
v Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah
v Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air

Tanda-tanda terdapatnya punca air

Bunyi
Penglihatan
Binatang
Serangga
1. Bunyi

v Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi
v Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut
v Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

2. Penglihatan

v Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi.
v Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

3. Binatang

v Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air

4. Serangga

v Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.

Orienteering


Pengenalan orienteering
  • Orienteering merupakan aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tepat ke satu tempat yang lain.
  • Orienteering bermaksud peta, hutan dan advanture meliputi pelbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan.
  • Dilakukan secara individu atau kumpulan berpandukan peta dan kompas.Memerlukan perkiraan yang tepat bagi mengesan sesuatu kedudukan.
  • Merupakan sejenis sukan yang memerlukan peserta untuk berfikir dengan pantas.
  • Memerlukan koordinasi mental dan fizikal yang baik.
Peralatan orienteering
  1. Peta utama ( master plan )
  • Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
  • Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
  • Peta orieentering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. 

Kandungan peta orienteering
  • Tajuk peta
  • Arah Utara
  • Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
  • Petunjuk peta
  • Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja

Warna simbol-simbol dalam peta
Hitam  - Ciri-Ciri buatan manusia
Biru     - Ciri-ciri air
Perang - Ciri-ciri kontor dan jalanraya
Putih    - Keadaan tumbuhan; hutan – berlari
Hijau    - Keadaan tumbuhan ; hutan –   berjalan/redah
Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka

Peta orienteering
Kompas
Kompas ialah alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetic yang
berwarna hitam dan merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau
darjah. Kompas berfungsi kerana adanya medan mangnetic.

Kegunaan kompas


  • Menentukan arah perjalanan
  • Menyelaraskan peta
  • Mengira jarak jauh
  • Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
  • Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).
 Penanda kawalan
  • Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
  • Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna oren muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
  • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik digunakan untuk menebuk kad kawalan setiap peserta.
  • Setiap kod untuk penanda kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yang mempunyai kod yang sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik kawalan yang betul.
  • Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
 Kad kawalan
  • Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan sehingga tamat pertandingan.
  • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
  • Peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakan penebuk yang tersedia bersama penanda kawalan.
  • Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.
Peralatan orienteering
Jam Randik.
  • Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan
Wisel
  • Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.
Sepanduk.
  • Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
Peti pertolongan cemas.
  • Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera ringan.
Pemilihan kawasan
  • Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi halangan.
  • Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik / hospital, balai polis, rumah tumpangan, kedai yang berdekatan dengan kawasan aktiviti dijalankan.
  • Secara amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai semak.
  • Sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh berlari kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang  berlari bukannya merendah di hutan yang tebal lagi bersemak.
  • Di Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun kepala sawit, hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.
  • Tapak rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti ini dan kurang berpengalaman atau untuk latihan.
Teknik penyediaan peta

1.Menentukan titik kawalan diatas peta.
  • Titik kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan diatas peta bagi menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati peserta.
  • Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
2.Melukis landasan laluan diatas peta.
  • Landasan ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain.
  • Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama dan seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.
  Tanda – tanda titik yang berkenaan landasan.
  • Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
  • Titik kawalan dengan tanda bulatan.
  • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
  • ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Oreinteering berganti-ganti ( belay orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan  secara berpasukan 3 atau 4 orang.
  • Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan.
  • Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
Teknik orientering

-TEKNIK SUSUR TANGAN (HANDRAILS)
  • Memilih laluan yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakkan seperti lorong kaki, sungai , pagar dan sebagainya .
  • Sebelum memulakan pergerakkan cuba perhatikan ciri –ciri garisan yang boleh digunakan sebagai susur tangan.
  • Pastikan ciri tersebut dapat membawa kita seberapa hampir ke titik kawalan yang tujui ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari ke arah pergerakan kita walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.
Teknik sasaran
  • Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan untuk :-
  • Titik panduan untuk mengubah arah pergerakkan. Apabila peserta  tidak menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan dan sebagainya, Perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakan dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan.
  • Oleh yang demikian peserta perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut, anda akan mengubah laluan samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.
Cari rujukan/sasaran sebelum tiba dititik kawalan


  • Titik sasaran juga digunakan sebagi satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan yang anda hampir tiba di titik keadaan ini perlulah yang agak hampir dengan sesuatu titik kawalan.
  • Elakkan menggunakan banyak titik-titik sasaran di dalam setiap peringkat pergerakan anda kerana melengahkan pergerakan.
Perancangan perjalanan
  • Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
  •  b)     Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal    sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.
  • c)    Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa yang boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan.
  • d)    Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan.
  • e)    Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, dan mudah banjir.
  • Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan menyemak semula arah
Perkara yg perlu dibuang sebelum pertandingan dimulakan' 
  • Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang telah dipilih. Sediakan pegawai di tempat yang tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan peserta mematuhi peraturan
  • Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.
  • Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi  penerangan mengenai syarat-syarat pertandingan dan maklumat-maklumat lain yang perlu.
  • Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula dengan waktu 0 : 00 dan peserta berikutnya di dalam jangka waktu beberapa minit kemudian dan seterusnya.
Taklimat peserta
  • Semasa taklimat ini segala maklumat mengenai pertandingan seperti peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan perlumbaan dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semua peserta.
  • Penerangan sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah diberi kepada peserta.
Pengadilan
  • Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sukan orienteering.
  • Bila peserta sampai ke tempat penamat, kumpulkan perlumbaan dan isikan waktu ia sampai ke dalamnya.
  • Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui peserta tersebut.Jika terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal. Sebaliknya jika semuanya betul kirakan 1 masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk menghabiskan  perlumbaan.
  • Selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta itu. Dengan itu peserta boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya berbanding dengan  peserta lain.
  • Pemenang pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa yang pendek.



Tali


SIMPULAN BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam silibus ikatan 7 simpulan tali, tetapi adalah di antaranya yang paling asas, dan biasa dipelajari dalam krs.




SIMPULAN BUNGA KETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break.

IKATAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).

IKATAN BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk)

IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.
IKATAN SERONG/SILANG

untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.



SILANG TUNGKU
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan,menara,gejet,dan menyambung kayu dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.

Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti:
1.Mendaki
2.Kehidupan seharian
3.Memancing
4.Seni
5.Pengakap
6.Mencari dan Menyelamat
7.Bidang Perkapalan dan sebagainya..